❝ There is no greater agony than bearing an untold story inside you. ❞

Wednesday, 22 October 2014 @ 00:02
Hi.





Assalamualaikum..

Aku  Siti Nurdeana Rozaidi.
Belajar di Picoms, Batu Muda Selayang.
Alhamdulillah kerana aku masih diberi peluang olehNya untuk terus belajar..
Aku asalnya keluarga yang sederhana, dan serba kekurangan dari orang lain..
Tapi, aku cukup kaya dengan kasih sayang dan pengorbanan Mama dan Ayah..
Apa yang aku TAKE A NOTE kan, mana tahu aku tak sempat nak buat apa apa.
"nana akan berusaha untuk mengubah cara kehidupan kita sekeluarga..
Dengan pergorbanan Mama dan Ayah yang tidak pernah putus mencari sumber rezeki
untuk kami adek beradik.. Pengorbanan Ayah itu , Insha Allah akan nana balas dengan
Kerjaya nana.. Insha Allah dengan Izin Allah, nana akan buktikan kemampuan yang kita
ada.. "

Aku datang dari keluarga yang penuh mencabar buat diriku. Aku tak pasti sekuat mana orang lain boleh berdiri ditempat aku sendiri. Mama aku dari keluarga yang jauh (Thailand) kedatangan dia seorang diri tanpa sedara mara, berdiri teguh tanpa bantu orang sekeliling melainkan Allah SWT. Aku bersyukur mempunyai seorang mama yang sentiasa bersabar dan yakinkan bahawa Allah hanya 1, "tiada tuhan melainkan Allah SWT". Aku selalu impikan agar aku dapat menjadi seorang perempuan yang kuat seperti mama. Dia adalah wanita yang paling terkuat dengan kesabaran dalam keluarganya. Aku bangga dan bersyukur dengan Allah sebab telah hadiahkan dan temukan aku dengan seorang mama yang penuh kasih sayang, kewanitaan, dan sabar. Aku bersyukur, Alhamdulillah. Ayah aku dilahirkan diselangor dan dibesarkan oleh keluarga di Negeri Sembilan.. Kehidupan ayah aku dulu penuh dengan kesukaran.. Tapi aku mengenali ayah aku hari demi hari ialah, dia seorang yang tak pernah mengalah dan selalu menegakkan keadilan. Ayah seorang yang berani, tapi aku tidak dilahirkan sifat berani dari ayah dan mama. Aku bersyukur mempunyai seorang ayah sebab ayah tak pernah kenal erti sakit, jatuh, putus asa dan benci. Sebab ayah seorang yang kuat, tak pernah mengalah, akan berusaha untuk teruskan perjuangan, bersikap positif, peyayang, ambil berat dan pergorbanan.. Kesanggupan dia redah hujan siang malam, kerja pagi petang siang malam, tanpa mengeluh, bersabar , bersyukur dan sentiasa berkongsi.. Pengorbanan seorang ayah, anak tidak dapat membalasnya dengan menjaga, pengorbanan ibu, anak tidak dapat membalasnya dengan duit. Aku mungkin baru sedar sebab hari demi hari aku bakal jadi seperti diaorang. Apa yang aku banggakan mereka tak pernah bosan menjaga kami bertiga.

Mungkin aku bukanlah keluarga yang senang dan mewah tapi aku kaya dengan kasih sayang yanng diaorang ikhlas berikan bukan untuk menunjuk..

Aku makin sedar hari demi hari aku makin takot yang aku menghampakan mereka. Aku cuba untuk terus berubah kearah yang baik untuk keluarga, sebab aku tahu aku pasti diperlukan oleh mereka. Tiada  seorang anak mahu hampakan keluarganya tapi lihatlah hatinya sebanyak manakah dia menitis air mata untuk keluarganya..

Insha Allah aku pasti dapat membantu dan memuaskan hati mama dan ayah dengan kejayaan aku.. Doa aku untuk diaorang tak pernah putus, sebaliknya sudah menjadi biasa lidah untuk mendoakan kesejahteraan mama dan ayah dan adik adik juga..


Semoga Allah memberikan pertunjuk kepada hambanya dan keluarga.. Moga Allah tidak pernah putuskan ikatan keluarga yang aku ada.. Amin Ya Roba'Alamin...

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Tuesday, 21 October 2014 @ 23:05
Hi.

KASIH AYAH TIADA TANDINGAN DENGAN MANA MANA LELAKI SELAIN SEORANG AYAH

Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadakan Kita Setiap Hari.....

Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita? Ayah Selalu Tanya," Telefon Kah Anak Kita Tu Tanya Dia Macam Mana Kerja/Belajar..."

Semasa Kecil, Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita....Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian

Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak "Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau..??

Kita Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.

Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?

Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...

Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya.. Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga.. Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang Dan Meminta Izin Untuk 

Mengambil Kita Dari Ayah..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..

Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?

Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.. Bahagiakanlah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".

Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita.. Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah? Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??



Sumber: Facebook Suami Isteri Bahagia, Rumahtangga Sempurna

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Friday, 10 October 2014 @ 10:43
Hi.


Bagaimanapun, bunga matahari akan selalu mengikuti sinar matahari

Hanya mataharilah yang mampu memberikannya kehangatan

Angin sekencang apapun tak mampu membuatnya 
berpaling

Karena ia hanya terpana pada satu cahaya, 
Iaitu cahaya matahari

Ia tahu bahwa sang surya takkan 
selalu ada untuknya

Namun itu tak membuat bunga matahari 
pindah ke lain arah

Ia akan tetap menanti sampai 
sang fajar datang kembali

Saat semua awan mulai berhenti menyelimuti 
matahari-nya

Matahari dan bunga matahari memang 
takkan bisa bersatu

Mentari itu begitu jauh, jauh seperti dirimu

Mungkin akupun hanya bisa menatapmu

Seperti bunga matahari yang selalu menatap sang mentari

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Sahabat
Thursday, 18 September 2014 @ 10:36
Hi.


Asssalamualaikun..

Kenalkan sahabat baru aku. Klon Nabielah ehh tu. Hahaha nak tahu kenapa? Sebab dua orang makcik ni perangai ni memang serupa. Hahaha lawak, happier, manje, cute, membebel, kasar, cakap pelat, hahaha and one morething! Suka menepek dengan aku..

Syukur sebab dapat berkenalan seorang makcik ni. Permulaan kitaorang kenal, dia adalah salah seorang housemates lama aku dan dia juga sedara ex aku. Haha life is small. Mana kau lari tetap akan ada kaitan nanti. Like aku dengan ex. Aku lari dari ex, tapi aku berjumpa dengan sedara dia. Dia memang friendly and baik sangat macam Nabiela Ehh. 

Nama dia Nur Amalina Bt Shuzalyzan a.k.a Ama or Lieyna Shuza. Sebaya dengan aku, asal Petaling Jaya. Kurus macam tiang, tinggi paras telinga aku. Haha dikenali awek kancil merah. Sekasar alam, tapi lembut bahkan suteranya hati dia ni. 

Seronok kenal dengan dia even pelbagai dugaan kami berdua. Bergaduh, angkara mulut, fitnah, macam macam. If Allah dah takdirkan kami macam ni takka  kita nak tolak takdirkan. Tapi semua terjadi mesti ada sebab yang luar batas kita.. 

Dia peneman aku dikala aku riang ria, sedih duka, kecewa or muram. Dia tak pernah bosan sabar dengan aku. Sentiasa ada walaupun aku tak memerlukannya. Tapi dia ikhlas dan sudi terima aku yang tak berapa baik ni. 

Hope, Allah kekalkan kita bersahabat ye, Ama. Oneday i will stay here with you like you do. Thanks Ama.. I'm so appreciate what are you doing to make me happy and always smile, and you don't know what is give up to make me smile. Haaaa kemain lagi aku speaking. Aku dah mengantuk da sebenarnya. Takpe. 

Aku doakan mau berjaya da  graduates bersama ok dalam Dip. Pharmacy ni nanti ok 😍😉

I LOVE YOU SAHABAT 😘😍😉

WASSALAM

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
family
Tuesday, 16 September 2014 @ 07:57
Hi.



BIG FAMILY 

ASSALAMUALAIKUM, 

Syukur Alhamdulillah sebab dapat mengenali mereka yang penuh gelak ketawa, berkongsi pendapat, berkongsi kasih keluarga, dan sumber kekuatan kami sekeluarga. Alhamdulillah selama berkenalan dengan mereka yang datang hampir seluruh negeri iaitu Kedah, P. Penang, Johor, Kelantan, Selangor, Perak, Kl, diaorang setakat ini cukup baik dan saling membantu. Tidak memilih kaya mahupun miskin, cantik mahu tidak cantik. Semua tidak penting, tapi yang penting adalah kebahagiaan, kegembiraan, dan kegilaan kami semua. Semoga kami keluarga besar sukses dalam bidang yang kita ceburi ialah Dip. Pharmacy. Semoga Allah melancarkan perjalanan kita dan kita sama sama dapat meraihkan kejayaan bersama.. 
Amin...

Do The Best of Dip. Pharmacy July-13


Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
SAHABAT- NURUL NABILA ROSLEE
Monday, 15 September 2014 @ 10:52
Hi.


BISMILLAHIRAHMANI`RAHIM

Syukur kehadrat Illahi, kerana Allah masih memanjangkan umurku dan sahabatku Nurul Nabila BT Roslee. Syukur Alhamdulillah sebab Allah masih memanjangkan umur persahabatan kita. Since 2006 until 2014, we still together. Dah 9 tahun kita bersahabatan.

Kekurangan dan Kelebihan kita bersama, tiada sedikit cacat celar yang boleh menyebabkan kita tidak sefahaman walaupun pelbagai dugaan persahabatan kita. Tapi aku bersyukur mempunyai SAHABAT YANG SUDI BERGANDING BAHU, MEMIKUL BEBAN, MENUMPANG KASIH, MENGHAYATI SETIAP AIR MATA MENGALIR. 

Harga Persahabatan TIADA NILAI MATA WANG mahupun EMAS PERMATA. 


Dulu kita sering didepan mata, berganding bahu, bercerita, membebel, bergelak bersama. Semuanya kita lakukan bersama, kau mengubahkan aku menjadi seorang perempuan, kau mengubahkan aku untuk masa depan, kau mengubahkan aku sikap ku. Mungkin tiada kau, siapakah aku sekarang. Syukur ku tidak terkata kerana dapat mengenali seorang Hamba Allah yang penuh kasih sayang, prihatin dan lemah lembut mendidikku. Tiada kau mungkin aku hanyut. Mungkin aku tidak seperti sekarang ini, mungkin cerita aku gelap jika kita tidak mengenali. Terima Kasih Nabiela.


Mungkin dulu kita mudah berhubung. Mungkin kita mudah bersama. Mungkin kita mudah bertemu. SEKARANG TIDAK SEPERTI DULU. Aku dan Kau sudah pun berpisah jauh nun di Negeri orang. Kau di Melaka, aku di KL. Jarak jauh macam manapun, kita tetap bersama seperti hari hari bertemu, hahaahaa SASTERA PULA :)
Aku doakan kau sentiasa Maju Kehadapan Jangan sesekali Toleh Kebelakang. 

Baby, aku bersyukur kenal dengan kau. sebab kau tiada Penganti. Mungkin suatu hari nanti ada Penganti kau tapi tidak pernah ada sama sekali sama seperti kau. 

LIKE YOU SAY- "BIAR KITA BER SAHABAT BERPIMPIN TANGAN HINGGA KE SYURGA, JANJI JANGAN PERNAH TINGGALKAN B.."

Aku sentiasa ingat janji kau, tapi andai aku tak dapat tunaikan permintaan kau, atau aku pergi dulu dari perjanjian kita. Aku mohon jangan kau bersedih. 
Sebab aku tunggu SEORANG SAHABAT DI SYURGA..

WASSALAM

Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }
Pengorbanan
@ 10:09
Hi.




Facebook Twitter Google Digg Reddit LinkedIn Pinterest StumbleUpon Email

{ LEAVE YOUR COMMENT HERE }







Home About Stuff eMail

thanks to sweetalker, HAHAHA. I'm just wanna to share all about me and story mory what will happened on my life. Insha Allah one day I'll post bout Islamic and people call "DAKWAH non BERTAULIAH but ITS LIFE". Pray for me, and give me space to change be muslimah, Amin. I'm Deana, not be perfect but im trying to be a perfect muslimah. Amin. thanks to sweetalker xoxo

TAG
perhaps u wanna share some posts tagged with diy or tutorial or beauty or whatever?
LABEL
Akmal Zulkarnain.

Contact


am i too kind to provide these sources?


Blogroll
NabielaRoslee Suhaila Zarra Yuni Lai Akmal Yasmin FatinAmira Amalina

Advertisements




made with love, DeanaEddy
KHAYALAN